Melaksanakan Perbankan Internet Melalui Mesin ATM
LANGKAH PERTAMA
Anda boleh melaksanakan permohonan perbankan internet ini melalui mana-mana sahaja mesin ATM CIMB yang berdekatan dengan anda.
Masukkan kad bank dan isikan katalaluan (nombor pin) seperti biasa.
Pilih "OTHERS" kemudian pilih "INTERNET e-PIN".
Masukkan 6 digit e-PIN.TETAPI anda haruslah mengingati nombor yang dipilih dan nombor e-PIN anda haruslah BERLAINAN daripada nombor pin ATM
Kemudian sahkan semula nombor yang telah dipilih.
Jika urusan yang anda lakukan tidak berjalan lancar, anda haruslah mengulangi semula bermula daripada langkah pertama.
LANGKAH KEDUA
Buka laman sesawang www.cimbclick.com.my.
Pilih "SIGN UP"
Isikan ruangan yang disediakan.
Masukkan nombor kad ATM anda.
Masukkan nombor yang diberikan di mesin ATM sebentar tadi.
Masukkan ID yang anda inginkan ketika login ke dalam sistem CIMB CLICKS ini.
Masukkan password yang anda inginkan. Password anda mestilah terdiri dari huruf dan nombor.
Sila sahkan password anda.
Isikan nama Ibu anda pada ruang Mother’s Maiden Name*.
Isikan email anda.
Isikan kotak terakhir dengan sebarang nama yang memudahkan anda mengenalpasti akaun anda sebelum login.
Kemudian klik "SUBMIT". Ini bermaksud anda telah menghantar segala maklumat ke dalam pengkalan data Bank CIMB dan direkod serta dijamin tahap keselamatannya.
Sebagai keputusan, kini anda boleh menggunakan aplikasi yang disediakan di dalam perbankan internet ini seperti reload top-up, transaksi wang ke akaun lain, bayaran bil dan lain-lain.
Gamsahabnida, Arigato , Terima Kasih ^_^
0 comments:
Post a Comment